Saturday, November 14, 2009

Doa Elak Diri @ Anak Perempuan dari diperkosa dan dizalimi

Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman.
Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untukdiri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllahkita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!! janganketawa, jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu. So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita. Boleh print, faks @ pos kpd kengkawan yang tak ada e-mail. Tambahan Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebutboleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir. Makna Doa tersebut adalah seperti berikut:-
"Ya Allah, kalaulah engkau mengetahui (sememangnya Allah MahaMengetahui), bahawa aku beriman dengan Mu dan rasul Mu. Aku memeliharakehormatanku hanya untuk suamiku. Janganlah aku menjadi mangsa orang-orang kafir."

AMALKANLAH!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :


Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

No comments:

Post a Comment